Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Itulah ungkapan syukurku kepada Allah melalui lisanku.. Syukurku itu cuba kurealisasikan juga dengan amalan-amalan soleh.. Atas sebab apa saudaraku ? Atas nikmat yang melimpah ruah yang diberikan kepadaku.. Di antara nikmat yang ingin saya kongsikan kepada saudara-saudaraku di sini adalah NIKMAT DIBERI PELUANG BERNIAGA DAN BERAMAL SEKALI..
Sebenarnya minat berniaga ini sudah lama kupendam, darah berniaga sudah mengalir dalam diriku, sebab ayahku adalah seorang peniaga; ibuku pula seorang peniaga plus usahawan. Ketika ayahku meninggal dunia, ibuku meneruskan usahanya dengan lebih giat lagi, kerana ketika itu kami adik beradik masih memerlukan bantuan kewangan. Baru satu orang daripada kami bekerja. Selebihnya masih di bangku kuliah atau sekolah. Aku pula masih di sekolah rendah, darjah lima waktu itu... Iba dan sedih memang ditinggal ayah, tetapi hidup mesti diteruskan.
Aku memang tidak akan melupakan jasa ibuku yang mengorbankan segala-galanya untuk keberhasilan kami. Terima kasih ibu. Kerana usaha dan doamulah aku sampai ke jenjang aku berada sekarang. Aku sekarang boleh melanjutkan pendidikanku sampai keperingkat Phd.Berkat doa dan keredhaanmu juga setiap langkahku sentiasa dibimbing Allah.. Ya di antaranya : BERNIAGA
BERNIAGA bukanlah obsesi dan ambisiku sangat.Obesesi dan ambisiku adalah MENUNTUT ILMU DAN BERDAKWAH DI JALAN ALLAH. Tetapi takdir yang membawaku kepada terjun ke dalam bidang perniagaan ini.
Ceritanya bermula pada bulan Ramadhan 2008, selepas aku kembali daripada umrah dan daurah 2 bulan di Yaman. Suatu pagi selepas qiyamullail dan solat subuh berjamaah di surau kami, aku dikenalkan sahabat dengan seorang teman dari Bandung yang datang untuk suatu urusan. Beliau adalah salah seorang leader yang menerajui PT Sygma yang bergerak dalam bidang penerbitan. Akh fillah itu adalah Pak Beni. Bincang-bincang dan bicara-bicara, akhirnya sampai pada perbincangan tentang produk Sygma yang terbaru iaitu QURAN SYAAMIL : Terjemahan Perkata.
Kebetulan, sebenarnya bukan kebetulan tetapi perancangan Allah s.w.t. untukku.. Aku mengajar di banyak tempat di Kuala Lumpur: HARFIAH AL-QURAN, iaitu memahami al-Quran secara perkata. Disebut terjemahan perkata, langsung aku tertarik dan ingin memilikinya. Sekali lagi, perancangan Allah s.w.t. untukku, beliau tersimpan satu naskah dan menghadiahkannya kepadaku.. Syukran akhi, kataku. Jazakallahu khairan kathiran.. Hadiah yang amat berharga bagiku. Lebih berharga daripada sebongkah emas bagiku.
Dapat hadiah yang berharga itu, aku menceritakannya kepada peserta kuliah-kuliahku. Apalagi teringat dengan firman Allah s.w.t. :
"Adapun dengan nikmat Tuhanmu, maka ceritakanlah !"
(Surah al-Duha ayat 11)
Tahu sajalah saudaraku, bagaimana respon peserta kuliah-kuliahku.. Mereka ingin juga memperolehinya.
Di sinilah bermulanya langkahku dalam perniagaan.
Akhirnya bersama dengan sahabatku, aku menghubungi Pak Beni dan menempah 200 naskah al-Quran Syaamil. Syukur pada Allah, pada waktu itu aku mempunyai simpanan yang boleh dijadikan modal pertama. Modalnya semua daripadaku, sedangkan sahabatku yang aku jadikan partner aku minta dia menguruskan penghantaran dan pemasaran.
Pak Beni bertahu kami, kami adalah penempah pertama dari Malaysia. Kami jadi amat teruja. Dalam masa yang sama amat kuatir juga, kalau tempahan kami tidak sampai, sebab pertama kali kami melakukannya. Risau.. Sungguh risau.. Dah la, duit banyak dilaburkan..
Huhu solat dulu ek.. Nanti kita sambung....
Ilalliqa' was Salam
No comments:
Post a Comment